Ini Kisah Ku
Assalamualaikum wbt..
Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…
Sekian,
Siti
Wednesday, 1 October 2014
Ini diriku sebelum dan selepas menggunakan SET KURUS SHAKLEE
Saya telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 8kg dalam masa 8 bulan atas bantuan Set Kurus Shaklee..
Saya tidak mengatakan saya berjaya mengurangkan berat hanya dengan produk Shaklee, tetapi produk Shaklee telah banyak membantu saya ketika saya berdiet..
Dengan set Kurus Shaklee saya dapat mengurangkan berat badan dengan selamat..
Set Kurus Shaklee bukanlah ubat kurus yang menjaminkan anda kurus tetapi produk Shaklee akan membantu anda supaya badan anda mendapat nutrisi yang lengkap dan anda tidak akan mudah jatuh sakit ketika berdiet..
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya
0164156430
saya SITI pengguna dan pengedar sah produk Shaklee
Monday, 29 September 2014
Sharing is Caring
Assalamualaikum...
Malam2 tiba2 rasa nk buat coretan..td masa balik smpt la buat exercise ringan dlm 5min permulaan...dari x buat lagsungkan..ramai gak yg tegur nampak susut Alhamdulillah..ada yg tny makan apa berat turun..sy memang makan Shaklee dan jual Shaklee tp sy x menjaminkan dengan consume Shaklee jer dah boleh kurus..Shaklee nie cuma supplement bukan ubat kurus yer dia cuma boleh membantu korg kalau korg nak diet..sy turun 5kg dlm 1bln pun sbb diet tp utk supporting sy consume Shaklee supaya badan sy x lemah sbb diet dan supaya sy dah nutrisi yg lengkap sbb diet nie ada benda yg kita kena elakkan dan ada juga produk Shaklee yg dpt membantu membakar lemak bg mempercepatkan lg penurunan berat badan..jadi kalau ada sape2 yg promo mkn Shaklee tanpa buat apa2 dah boleh kurus dlm sekelip mata jgn mudah pecaya yer tkt korg kena tipu lps tu nama Shaklee gak yg buruk disebabkan dealer2 yg nak semata-mata nk untung utk diri sendiri..
Omega Guard
Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
otak janin
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia - Mengurangkan tekanan emosi - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan - Membantu memperbaiki masalah autism - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive - Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Friday, 26 September 2014
Day's 29
All About Cik Siti
Nama saya Siti Rofidah Binti Saud umo 29 tahun (dah nak masuk 3 series..ohh nooo!!!) Lahir dan dibesarkan di Parit Buntar, Perak. Sekolah rendah di Sek Keb Titi Serong (SKTS) masa form 1 & form 2 sekolah di Penang sebab tinggal di Wisma Yatim Perempuan Jalan Scotland, Pulau Pinang dan sekolah plak di Sek Men Perempuan Seri Mutiara. Kenapa duk wisma yatim sebab ayah dah xde meninggal masa umo 3 tahun so memang tak penah kenal rupa arwah ayah gambar pun tak ada. Masa form 2 tukar sekolah ke Sek Men Keb Seri Perak sampai la form 5. Jom nak cerita mengenai diri saya.
12 Jan 1985
Saya lahir di kg Titi Serong, Parit Buntar Perak. 100% bidan yg sambut memang xde pegi hospital. Duk kat kg sampai mak habis pantang lepas tu balik ke Kedah sebab masa tu arwah ayah tinggal kat Sg Derhaka, Kota Kuala Muda, Kedah.
Masa sy lahir memang hidup agak daif yela cuma mak sorg je keje arwah ayah masa tu dah x boleh keje sebab lumpuh separuh badan so harapkan mak jela cari rezeki.
1988
Tahun nie dah umur 3 tahun. Tahun nie la arwah ayah meninggal masa hari raya ke2. Memang agak susah bagi mak yela suami meninggal masa hari raya. Mak penah cite masa org bawa jenazah ayah ke kubur sy mengamuk menangis nak ikut mulanya xde org kisah last2 abg saya bawa ke kubur lepas tu letak sy dalam kubur sebelum dorg letak jenazah ayah kejam betul abg sy kan...huhuhu..tp xpela x igt pun kejadian tu mak yg cite. Lepas arwah ayah meninggal mak balik kg stay dengan tok & tok wan sampai la besar.
Premenstrual syndrome (PMS)
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).
Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:
- Perut kembong
- Kejang perut
- Payu dara bengkak atau sensitif
- ketegangan atau bimbang (anxiety)
- Masaalah tidur (insomnia)
- Sakit sendi atau otot
- Pening kepala
- Lesu
- Jerawat
- Hayunan perasaan (Mood swings)
- Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik.
Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.
Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).
- Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.
- Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan. Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.
- SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone. Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.
- Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
- Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
- Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.
- Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian.
- Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.
- Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA).
- Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesan bagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan.
Mengatasi Senggugut
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.