Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Friday 26 September 2014

Premenstrual syndrome (PMS)

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: 
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik. Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas. Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.

Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik
Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu. 

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).
  • Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan. Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.
  • SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone. Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.
  • Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
    • Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
    • Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.
    • Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian.
     
  • Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.
  • Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA).
  • Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesan bagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan.
  Hasil info dari wikipedia.

No comments: