Cacar adalah penyakit bawaan udara yang mudah merebak melalui batuk dan bersin oleh individu sakit atau melalui sentuhan langsung dengan rembesan dari ruam. Seseorang dengan cacar air adalah penyakit berjangkit 1-2 hari sebelum ruam muncul.
Simptom lain:
Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu.
Jangkitan pada ibu hamil
Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.
Sebenarnya agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan ia boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.
Rawatan dan pencegahan
1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat
2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yg dikhuatiri terkena pesakit
3. Mandikan pesakit dua kali sehari
4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
6. Virus ini mudah dimusnahkan hanya dengan detergent dan haba panas.


No comments:
Post a Comment