Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Sunday 20 April 2014

Vivix

Vivix® Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan
 semulajadi.

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama ginetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular:

  • Melindungi dan membaiki sellular DNA.
  • Memberi impak positif kepada pengawalan ginetik.
  • Menggalkkan biogenesis (pembetukan baru) mitochondria.
  • Melambatkan pembentukkan protin ACE (Advanced Glycation End Product)
Juga menolong membantu menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksida, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.





Khasiat Vivix
1. Menggalakkn rangsangan penuaan yang sihat.
2. Membantu mengelakkan kanser.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Mengurangkan kompilasi penyakit kencing manis.
5. Menyokong kesihatan sendi.
6. Meningkatkan sistem imun.
7. Meningkatkan kesihatan mata.
8. Menyokong kesihatan keseluruhan.


Meal Shakes

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat darioada bahan semulajadi; buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactabumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactabumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunaglobulin,lactofferin, bacteriolysim dan sebagainya.
Meal Shakes Shakle dihasilkan untuk semua golongan - bayi, elajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung,mpara atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan terbaik.

Kebaikan Utama:
1. Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan 
    zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi
    lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
2. Membekal nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa),
    membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
3. Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
    yang di perlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
4. Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida
    yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
5. Mengembalikan Seri Wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi yang cukup untuk
    membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan komplekso wajah/kulit yang lebih
    cantik dan sihat.
6. Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa
    buangan dari perut dan usus.
7. Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi;
    penggantian segera terhadao kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi
    sebarang pewarna dan gula tiruan.



Thursday 17 April 2014

Set Kesihatan Optimum

Set A (set optimum) terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri dari:



  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti  serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.

Siapa yang boleh mengambil set ini?

  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.

Wednesday 16 April 2014

I Love You SHAKLEE

Assalamualaikum...

Nama sy Siti pengedar sah dan pengguna setia produk Shaklee..sy bukan nak promote sebab nak org beli produk Shaklee nie tp sy just nak share kebaikan yg sy dpt supaya kita dpt kebaikan bersama..pada mulanya sy nie bukanlah pengguna dan penggedar produk Shaklee, sy dah lama tau pasal Shaklee ada nampak bunting disalah satu farmasi area kg tp sy nie tak berminat nak cuba produk-produk kesihatan mcm nie..bila sy mula bekerja di tempat sekarang, sy selalu dgr kawan ofis cakap pasal Shaklee kesan lepas dorg amal produk Shaklee.mula tu memang la sy buat tak tau jer tp bila dah kama-lama rasa macam nak try mana tau ok.so start bulan Feb 2014 sy mula ambil Alfalfa untuk hilangkan resdung dan masalah kulit.alhamdulillah lepas sebulan memang rasa la kesan dia dah tak gatal-gatal hidung, telinga dan tekak.tapi yg buat sy lagi rasa percaya pada Shaklee nie bila berat sy pun makin kurang masa tu sy cuma amalkan Alfalfa tp sekarang sy dah mula ambil Lecithin utk cepatkan proses pembakaran lemak dan dan 2 malam sy mula ambil OsteMatrix.sy nie ada masalah tido malam sy tak boleh tido nyenyak sebab badan selalu skt jd selalu terjaga sbb kena tukar posisi tido kalau tak tukar bgn pagi esk confirm tak boleh gerak tp lepas sy makan OsteMatrix tido sy dah tak terganggu dah boleh tido nyenyak.Asalnye beli OsteMatrix nie nak bagi pada mak tapi terasa nak try dah terguna mak punya..hehehe..so kena beli yg baru untuk mak tak kan nak bagi yg kita dah gunakan..mak sy pun pengguna Shaklee sy yg belikan asyik beli baju dan barang-barang lain jer kali nie beli produk kesihatan plak alhamdulillah la skrg mak sy pun dah tak mudah letih mcm dulu siap boleh menebas semak belakang rumah terkejut juga balik kg hari tu..niat sy cuma nak share perkara yg baik bkn semata-mata nak tarik org beli dari sy kalau nak beli dari org lain pun tak apa kalau beli dari sy alhamdulillah tu rezeki Allah bagi pd sy kalau tak bukan rezeki sy la tu kn..dari kita habiskam duit shopping benda yg selalu kita beli macam baju apa kata beli produk kesihatan supaya kita bertambah sihat badan sihat dapat elak dari penyakit kronik.tapi apa-apa pun terpulang pada diri sendiri..semoga Allah memberi kita kesihatan yg baik insyaAllah...

Tuesday 15 April 2014

Testimoni Vivix

Muhasabah diri dengan membaca kisah Aishah di bawah. Kisah ini diceritakan dalam Private Group Shaklee kami. Kita cuma berusaha, hanya Allah swt yang Maha Penyembuh.

Allah Yang Maha Penyembuh.
Hanya kepada Allah kita mohon sepenuh pengharapan.
Janganlah mudah berputus asa, berusaha dan mengadu kepadaNya.

**************************
Assalammualaikum wbt
Saya pernah post pasal Siti Aisyah pasal buah pinggang yang rosak sebelum ni, alhamdulillah selepas consumer vivix berat badan dari 36 naik ke 46.7kg....sebelum ni zat dalam badan doktor cakap sangat kurang, kini selera makan makin bertambah,x ray baru ni doktor cakap ok, tunggu pakar Neorologi Hospital Pulau Pinang ckp apa pasal buah pinggang, Siti Aisyah ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada yang memberikan sumbangan, Suami masih bekeja penoreh getah, anak masih bersekolah 2 orang, Siti aisyah kini kerja di kantin sekolah katanya semangat nak kumpul duit beli vivix....Rasa sebak atas semuanya, Syukur kepada Allah.
Mariani Md Isa  : Saya mula2 agak takut aisyah minum vivix sb ada di kalangan grouop sek doktor, katanya dah x berfungsi so buat apa nak minum vivix lg, alhamdulillah dengan izin Allah aisyah rasa sendiri dari dalam, malah boleh buat kerja lepas minum vivix, makan nasi denagn garam pun orang mana nak tahu kan, apapun terima kasih pada semua yg berikan sokongan
Mariani Md Isa : Alhamdulillah syukur saya baru lepas call aisyah, harini aisyahkat hospital taiping,scan...result pukul 1 baru keluar, baru minum sebotol vivix ketulan buah pinggang kiri yg rosak dr 18cm kecut tinggal 11cm, Allahurabbi aisyah semangat sgt katanya, aisyah ada anemia juga  
 

Penyakit Kencing Manis/Diabetes

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Pengawalan Diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?

Monday 14 April 2014

Omega Guard





Hari ni saya nak berkongsi fakta dibawah. Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda:  
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. Ia amat bagus utk sistem imunisasi kanak2, asma, eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yang ingin meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi) 
  • Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3 yang kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yang perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian

Sunday 13 April 2014

Tips Penjagaan Tulang & Sendi

 [Tip penjagaan Tulang/Sendi]

Pastikan konsisten dgn 2 supplement ni
 
Shaklee OsteMatrix @ Kalsium ~ Mengekalkan SEL Tulang yang Sihat. OsteoMatrix Lebih daripada kalsium kerana mengandungi :
  • Kalsium 1,000mg - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  • Magnesium, 400mg - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
  • Vitamin D, 400IU - Merangsangkan penyerapan kalsium
  • Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Shaklee Advanced Joint Health ~ Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat. Memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:
  • Menyokong keselesaan sendi dgn Ekstrak Boswellia
  • Meningkatkna kesan kusyen dgn Ekstrak jagung
  • Memelihara tisu Penyambung yang sihat dgn Vitamin C , Zink, Tembaga dan Mangan
Tulang & sendi sihat, hidup pun ceria ... tak percaya cuba tanya pada mak ayah anda yang sakit sendi... Mulakan pengambilan suplement anda hari ini !!

Jika berminat nak dapatkan produk ini, silalah sms/email CN untuk harga istimewa
Shaklee id : [1119428] 
Call.SMS : [013-4527078]
Email : [rofidah.gmail.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kalsium

Sifat-Sifat Utama
Kalsium adalah unsur yang agak lembut, kelabu dan kelogamanan yang boleh disari melalui elektrolisis kalsium fluorida. Ia terbakar dengan nyalaan kuning-kemerahan dan membentuk salutan nitrida putih apabila terdedah kepada udara. Ia bertindak balas dengan air, menyesarkan hidrogen dan membentuk kalsium hidroksida.
Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel. Di Amerika Syarikat, antara 50% ke 75% orang dewasa tidak memperoleh kalsium yang mencukupi dalam diet mereka. Orang dewasa memerlukan antara 1,000 hingga 1,300 mg kalsium dalam diet seharian mereka.

Penggunaan
Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Keluaran tenusu, seperti susu dan keju, adalah sumber kalsium yang diketahui ramai. Walaubagaimanapun, sesetengah individu alah kepada keluaran tenusu dan lebih ramai orang, terutamanya keturunan bukan Eropah, adalah tak tahan laktosa (intolerans laktosa), menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan keluaran tenusu. Bagi orang-orang ini, terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik. Ini termasuklah: rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan); kekacang; makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut; bayam; gandum lengkap; kai lan; okra; rutabaga; brokoli; dan keluaran yang diperkuatkan seperti jus oren dan roti.

Kalsium Sebagai Makanan Tambahan
Terdapat pengesyoran yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan kalsium harus diambil. Walaubagaimanapun, kebanyak penyelidik bersetuju bahawa pengambilan tidak harus melebihi 500 mg pada satu-satu masa – sebarang lebihan akan dikumuh. Pengambilan sukatan adalah disyorkan agar diagih-agih dalam sehari, dengan sukatan terakhir dekat dengan masa tidur. Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.

Kenapa Bekalan Susu Ibu TIDAK Mencukupi?

Ramai ibu ingin mengetahui bagaimana memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup. Mereka juga khuatir sama ada mereka mampu memenuhi keperluan bayi dengan secukupnya. Kuantiti susu yang dihasilkan bergantung kepada kekerapan bayi menyusu. Apabila bayi menghisap puting ibu, hujung saraf deria di dalam payudara ibu akan dirangsangkan oleh kilang pituitari yang terletak di bawah otak.

Hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan.Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu.
sumber : susuibu.com

Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi?
Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti keadaan bayinya. Ibu berperasaan begini di sebabkan oleh faktor berikut :
  • Ibu mendapati bayinya kerap menyusu. Keadaan ini menyebabkan ibu berasakan bekalan susunya tidak mencukupi. Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bayi endapat bekalan susu yang mencukupi. Bayi juga berkeadaan begini kerana naluri hisapannya kuat. Susu ibu cepat dicerna. Ini menyebabkan bayi cepat lapar dan ingin menyusu dengan kerap. Bayi juga kerap menyusu kerana dia memerlukan belaian dan dakapan ibunya yang membuatkannya rasa selamat dan selesa. Belaian mesra dan mendengar degupan jantung ibu membuatkan bayi rasa tenteram di alam barunya. Keperluan begini tidak akan berlarutan selamanya kerana bayi akan membesar dan biasa dengan alam sekelilingnya. Oleh itu kekerapan bayi menyusukan tidak akan menyebabkan bekalan susu ibu tidak cukup. 
  • Ibu sering membandingkan kekerapan menyusu dan berat bayinya dengan bayi yang lain. Ada ibu berpendapat berat badan bayinya yang kurang atau bayinya yang kecil serta tidak kerap menyusu disebabkan oleh bekalan susunya tidak mencukupi. Ibu tidak perlu bimbang jika keadaan bayinya sedemikian kerana saiz dan keperluan susu seorang bayi adalah berbeza. Tentukan sahaja bayi anda sentiasa sihat dan cergas.

Sebab Kurangnya Penghasilan Susu Ibu mungkin berpunca daripada :
  • Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam. 
  • Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu. 
  • Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu. 
  • Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dari kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan. 
  • Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dn terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup. 
  • Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan. 
  • Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan minum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula. 
  • Makan makanan yang tidak seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu.

Susu ibu, adalah yang terbaik untuk anak-anak kita.