Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Sunday 13 April 2014

Kalsium

Sifat-Sifat Utama
Kalsium adalah unsur yang agak lembut, kelabu dan kelogamanan yang boleh disari melalui elektrolisis kalsium fluorida. Ia terbakar dengan nyalaan kuning-kemerahan dan membentuk salutan nitrida putih apabila terdedah kepada udara. Ia bertindak balas dengan air, menyesarkan hidrogen dan membentuk kalsium hidroksida.
Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel. Di Amerika Syarikat, antara 50% ke 75% orang dewasa tidak memperoleh kalsium yang mencukupi dalam diet mereka. Orang dewasa memerlukan antara 1,000 hingga 1,300 mg kalsium dalam diet seharian mereka.

Penggunaan
Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yangs sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Keluaran tenusu, seperti susu dan keju, adalah sumber kalsium yang diketahui ramai. Walaubagaimanapun, sesetengah individu alah kepada keluaran tenusu dan lebih ramai orang, terutamanya keturunan bukan Eropah, adalah tak tahan laktosa (intolerans laktosa), menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan keluaran tenusu. Bagi orang-orang ini, terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik. Ini termasuklah: rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan); kekacang; makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut; bayam; gandum lengkap; kai lan; okra; rutabaga; brokoli; dan keluaran yang diperkuatkan seperti jus oren dan roti.

Kalsium Sebagai Makanan Tambahan
Terdapat pengesyoran yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan kalsium harus diambil. Walaubagaimanapun, kebanyak penyelidik bersetuju bahawa pengambilan tidak harus melebihi 500 mg pada satu-satu masa – sebarang lebihan akan dikumuh. Pengambilan sukatan adalah disyorkan agar diagih-agih dalam sehari, dengan sukatan terakhir dekat dengan masa tidur. Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia.
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.

No comments: