Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Thursday 28 August 2014

Day 1 - 29 Aug 2014

Hari nie hari 1st diet Atkins versi sendiri.. Jom kita tengok apa saya makan ari nie..

Berat : 95kg

Menu:
Breakfast - 350ml Vico + 1 sudu ESP Shaklee
          - 2 ekor udang masak rendang (ada plak makan2 lepas baca yasin tadi tapi boleh makan  
                   udang jela lain larangan)

Lunch - Ikan kembung masak tempoyak + kerabu mangga + sayur lemak  
        pucuk labu + limau ais tanpa gula




Panaskan enjin

Sekarang nie kecoh pasal diet Atkins kat Malaysia sana-sini ramai yang bercakap ada yang cakap bagus ada jugak yang cakap sebaliknya, biasa la dalam dunia nie mana ada yang 100% sempurna kecuali Allah swt.
Dah lama juga saya dengar pasal diet nie tapi macam malas je nak diet-diet nie. Tapi bila balik kg sepupu cakap dia dah kurang 5kg dalam 1 minggu memang nampak la perbezaan dia dah kurus sikit. So saya pun bertekad nak cuba tapi bila tengok balik fasa-fasa dia apa yang boleh dan tak boleh makan macam tak boleh nak ikut bukan apa takut pitam plak nanti. So saya pun decide nak diet guna cara Atkins tapi versi saya sendiri not 100% follow instruction dia. Sebenarnya buat macam mana pun boleh tapi ikut cara masing-masing yang sesuai dengan badan kita dan kemampuan kita janji apa kita ikut cara yang betul, makanan yang diambil kena ada nutrisi lengkap.
Kalau ikut diet Atkins dalam 2 3 bulan dah boleh turun 20kg tapi kalau ikut cara saya tak tau la macam manakan saya pun baru start hari nie. So kita tunggu dan lihatlah hasilnya nanti.
Saya target untuk dapat berat 55kg masa 1hb Januari 2015 nanti.
Lupa plak nak cakap diet Atkins versi Siti nie bermaksud Diet Atkins + Shaklee, saya tak follow 100% cara atkins sebab takut badan tak boleh terima. Untuk pastikan badan saya dapat nutrisi lengkap saya teruskan pengambilan supplement Shaklee. Kalau ikut sepupu saya cakap kalau fasa pertama diet atkins tak boleh minum susu soya saya pun tak tau kenapa sedangkan soya tu protein. Tapi bab nie saya tak follow saya pastikan untuk breakfast saya akan minum 350ml air vico + 1 sudu ESP Shaklee. Kalau ikut diet atkins tak boleh minum gula langsung tapi nie pun saya tak follow. Tapi saya hanya minum waktu pagi je sebab nak make sure badan tak kurang gula takut pitam plak nanti. Tapi pape pun kita tengok macam mana hasilnya nanti macam mana yer.. 

Wish me luck!!!!!! 

Love,
Siti





Wednesday 13 August 2014

GLA Complex

Kebanyakan GLA (gmma-linolenic acis) yang tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang menggandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dan EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari brage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul menggandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya gabungan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberksanan dan kestabilan. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibiti dibuktikan secara klinikal dimana mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.

Kelebihan GLA Complex:
  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, mempercayai simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA adalah anto-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamansi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetis - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk memcapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil ketika perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hierpaktif.

Tuesday 12 August 2014

Petua Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

PETUA 1
- Potong sebiji kentang dan hiris halus beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan kepingan nipis di sekitar mata di kedua-dua belah mata dan biarkan selama 10-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

PETUA 2
- Perah lemon dalam cawan kemudian sapukan perahan tersebut di sekitar bawah mata elakkan terkena mata. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari.

PETUA 3
- Ambil sedikit serbuk teh rendam menggunakan air suam untuk beberapa minit. Kemudian tapis dan perah kemudian amik serbuk teh yang telah ditapis tadi dan letakkan di sekeliling bawah mata dan biarkan selama 10-20 minit kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap kali sebelum tidur. Juga boleh menggunakan teh uncang.


Selamat mencuba