Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Friday 4 July 2014

Fakta Mengenai Jerawat

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Metodologi Kemunculan Jerawat
  • Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
  • Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
  • Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
  • Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
  • Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
Punca Kemunculan Jerawat
  • Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
  • Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
  • Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
  • Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

No comments: