Ini Kisah Ku

Assalamualaikum wbt..

Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…

Sekian,

Siti

Sunday 6 July 2014

Kulit Berjerawat

Masalah jerawat nie biasanya terjadi pada golongan remaja tapi golongan dewasa juga tak lari dari masalah jerawat nie termasuklah saya. Banyak produk-produk kecantikan yang saya dah cuba tapi tak berhasil.

Antara punca jerawat adalah:
1. Perubahan hormon.
2. Bakteria
3. Pemakanan
4. Stress
5. Alat solek
6. Matahari
7. Kulit muka berminya

Dan banyak lagi punca-punca yang menyebabkan jerawat. So saya nak share beberapa petua untuk menhilangkan jerawat nie.

Petua 1
Campurkan sedikit madu lebah dan perahan air limau purut (kalau tak ada limau purut boleh digantikan dengan asam gelugur). 
Sapukan keseluruh muka dan biar sehingga kering dan cuci dengan menggunakan air sehingga bersih. Lap muka dengan menggunakan tuala bersih.

Petua 2
Daun sirih dan daun jambu batu hendaklah diramas terlebih dahulu di dalam semangkuk air sahaja.Sapukan air itu kepada kulit muka dan biarkan selama 5 minit.Kemudian bilas muka dengan air bersih.Lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu.Lakukan selalu pada kulit muka yang berminyak.

Petua 3
Rendamkan sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau bekas yang bersesuaian. Biar sehingga air sejuk dan daun menjadi layu. Selawat Nabi tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut dan biarkan ia kering.

Petua 4
Campurkan putih telur (seeloknya telur ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul sehingga rata kemudian sapu keseluruh muka. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Amalkan petua ini 2x seminggu.
 


No comments: