Ini Kisah Ku
Assalamualaikum wbt..
Nama saya Siti Rofidah biasa org panggil Siti..Umo saya dah 29 tahun belum berkahwin dan bekerja di salah sebuah universiti swasta di Perak..Sejak bila saya terjebak dengan Shaklee??? Saya nie mempunyai masalah berat badan BMI pun dah 40% memang dah obes sangat la kan..Alhamdulillah walaupun saya ada masalah kegemukan tapi saya tak ada sebarang penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis atau sebagainya tapi saya ada satu masalah yang semua orang yg gemuk ada masalah nie..Masalah sakit sendi dan tumit..Kalau orang yang ada masalah mcm saya mesti ada penyakit nie..Memang agak teruk jugak sebab bila jalan mesti sakit sangat..Saya penah pergi jumpa doktor pasal masalah sendi dan tumit saya nie macam biasa la doktor akan cakap sebab berat badan tapi masa tu macam endah tak endah jer dengar tak amik port langsung apa doktor cakap..Tapi makin lama sakit sendi dan tumit nie makin teruk kaki selalu sangat kebas sampai satu masa tu saya tak tahan sangat pegi klinik tp klinik yang lain kali nie jawapan doktor tu memang agak menakutkan dia cakap kalau saya tak amik tindakan awal means kurangkan berat badan berpotensi besar kaki saya akan lumpuh masa tu memang takut sangat la kan tak tau la kalau doktor tu saje nak takutkan saya..Tapi since tu saya terus diet dan jogging tapi kaki makin sakit lepas tu jumpa balok doktor yang 1st hari tu..Dia siap sound kenapa buat secara mendadak dia cakap saya tak boleh buat heavy exercise macam jogging kena jalan jer..Lepas 3 bulan berat turun 10kg but still sendi dgn tumit nie sakit tak langsung rasa kurang..Masa tu frust berat pun naik balik…Lepas hamper 2 tahun saya jumpa Shaklee macam2 dgr kata ok so saya pun cuba untuk hilangkan sakit sendi dan tumit masa tu saya cuma cuba Alfalfa Alhamdulillah sgt tak sampai 1 bulan tumit saya dah tak rasa sakit sangat sendi pun dah tak rasa lenguh2 macam dulu kaki pun dah jarang kebas lepas tu saya decide join jadi ahli sebab nak dapatkan harga ahli yela dapat save 15-25% kan..Tak ada niat langsung nak buat bisnes bila orang tanya saya share dan bila orang nak beli saya tolong belikan..Sejak tu la saya mula aktif dengan Shaklee dan makin banyak produk Shaklee saya consume sekarang dan saya akan terus setia menggunakan produk Shaklee untuk diri sendiri walaupun tak ada orang beli dari saya…
Sekian,
Siti
Wednesday, 1 October 2014
Ini diriku sebelum dan selepas menggunakan SET KURUS SHAKLEE
Saya telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 8kg dalam masa 8 bulan atas bantuan Set Kurus Shaklee..
Saya tidak mengatakan saya berjaya mengurangkan berat hanya dengan produk Shaklee, tetapi produk Shaklee telah banyak membantu saya ketika saya berdiet..
Dengan set Kurus Shaklee saya dapat mengurangkan berat badan dengan selamat..
Set Kurus Shaklee bukanlah ubat kurus yang menjaminkan anda kurus tetapi produk Shaklee akan membantu anda supaya badan anda mendapat nutrisi yang lengkap dan anda tidak akan mudah jatuh sakit ketika berdiet..
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya
0164156430
saya SITI pengguna dan pengedar sah produk Shaklee
Monday, 29 September 2014
Sharing is Caring
Assalamualaikum...
Malam2 tiba2 rasa nk buat coretan..td masa balik smpt la buat exercise ringan dlm 5min permulaan...dari x buat lagsungkan..ramai gak yg tegur nampak susut Alhamdulillah..ada yg tny makan apa berat turun..sy memang makan Shaklee dan jual Shaklee tp sy x menjaminkan dengan consume Shaklee jer dah boleh kurus..Shaklee nie cuma supplement bukan ubat kurus yer dia cuma boleh membantu korg kalau korg nak diet..sy turun 5kg dlm 1bln pun sbb diet tp utk supporting sy consume Shaklee supaya badan sy x lemah sbb diet dan supaya sy dah nutrisi yg lengkap sbb diet nie ada benda yg kita kena elakkan dan ada juga produk Shaklee yg dpt membantu membakar lemak bg mempercepatkan lg penurunan berat badan..jadi kalau ada sape2 yg promo mkn Shaklee tanpa buat apa2 dah boleh kurus dlm sekelip mata jgn mudah pecaya yer tkt korg kena tipu lps tu nama Shaklee gak yg buruk disebabkan dealer2 yg nak semata-mata nk untung utk diri sendiri..
Omega Guard
Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
otak janin
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia - Mengurangkan tekanan emosi - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan - Membantu memperbaiki masalah autism - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive - Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Friday, 26 September 2014
Day's 29
All About Cik Siti
Nama saya Siti Rofidah Binti Saud umo 29 tahun (dah nak masuk 3 series..ohh nooo!!!) Lahir dan dibesarkan di Parit Buntar, Perak. Sekolah rendah di Sek Keb Titi Serong (SKTS) masa form 1 & form 2 sekolah di Penang sebab tinggal di Wisma Yatim Perempuan Jalan Scotland, Pulau Pinang dan sekolah plak di Sek Men Perempuan Seri Mutiara. Kenapa duk wisma yatim sebab ayah dah xde meninggal masa umo 3 tahun so memang tak penah kenal rupa arwah ayah gambar pun tak ada. Masa form 2 tukar sekolah ke Sek Men Keb Seri Perak sampai la form 5. Jom nak cerita mengenai diri saya.
12 Jan 1985
Saya lahir di kg Titi Serong, Parit Buntar Perak. 100% bidan yg sambut memang xde pegi hospital. Duk kat kg sampai mak habis pantang lepas tu balik ke Kedah sebab masa tu arwah ayah tinggal kat Sg Derhaka, Kota Kuala Muda, Kedah.
Masa sy lahir memang hidup agak daif yela cuma mak sorg je keje arwah ayah masa tu dah x boleh keje sebab lumpuh separuh badan so harapkan mak jela cari rezeki.
1988
Tahun nie dah umur 3 tahun. Tahun nie la arwah ayah meninggal masa hari raya ke2. Memang agak susah bagi mak yela suami meninggal masa hari raya. Mak penah cite masa org bawa jenazah ayah ke kubur sy mengamuk menangis nak ikut mulanya xde org kisah last2 abg saya bawa ke kubur lepas tu letak sy dalam kubur sebelum dorg letak jenazah ayah kejam betul abg sy kan...huhuhu..tp xpela x igt pun kejadian tu mak yg cite. Lepas arwah ayah meninggal mak balik kg stay dengan tok & tok wan sampai la besar.
Premenstrual syndrome (PMS)
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).
Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:
- Perut kembong
- Kejang perut
- Payu dara bengkak atau sensitif
- ketegangan atau bimbang (anxiety)
- Masaalah tidur (insomnia)
- Sakit sendi atau otot
- Pening kepala
- Lesu
- Jerawat
- Hayunan perasaan (Mood swings)
- Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik.
Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.
Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).
- Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.
- Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan. Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.
- SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone. Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.
- Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
- Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
- Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.
- Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian.
- Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.
- Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA).
- Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesan bagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan.
Mengatasi Senggugut
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.
Thursday, 25 September 2014
Vitamin E Shaklee a.k.a Vitamin Cinta
Nie serba sedikit berkaitan Vitamin E Shaklee untuk pengetahuan umum.
Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.
Setiap kapsul sofgel menyediakan:
- 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
- Membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
1. Vitamin penting untuk kecantikan kulit
2. Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
3. Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
4. Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
5. Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
6. Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
7. Awet muda
Sape yang dah biasa dengan Vitamin E Shaklee nie mesti tau vitamin nie juga dipanggil Vitamin Cinta. Bukan setakat sihat dan kulit cantik, vitamin E Shaklee juga dapat membantu mengeratkan hubungan suami isteri. So sape2 yang dah berumah tangga tu amat digalakkan mencuba Vitamin E Shaklee mesti suami tambah sayang..hehehe..saya makan untuk kulit cantik jela suami belum ada..Selain untuk orang dewasa, kanak-kanak pun boleh guna Vitamin E nie cuma untuk luaran saja..cth kalau anak luka, melecur atau nak hilangkan parut chicken pox cuma sapu pada tempat berkenaan insyaALLAH akan cepat sembuh. Ada sorg customer saya sapu pada baby girl dia yang kena chicken pox alhamdulillah la tak ada kesan parut. Risau juga dia dah la baby girl mau tinggal parut kesian baby tu.
Nak cuba boleh hubungi saya di 0164156430 boleh whatsapp/call/sms tak kisah anytime. Bukan setakat harga istimewa saya akan sentiasa bagi tip-tip menarik dan akan sentiasa menjawab sebarang pertanyaan.
Tuesday, 16 September 2014
Cinch Shakes Shaklee
Mengekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.Mempunyai 3 perasa iaitu Chocolate, Latte & Vanilla dan anda boleh memilih mengikut cita rasa anda.
- Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
- Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
* Membakar lemak yang tidak diingini.
* Menggandungi serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian.
* Memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan anda.
* Mengandungi 24 gram protein setiap sajian memberikan rasa kenyang sepanjang hari.
* Membantu mengawal paras gula dalam darah.
* Memberi 21 vitamin penting dan mineral penting sepanjang hari.
* Membantu mengawal nafsu makan.
Consultancy akan diberikan secara percuma sepanjang anda menjadi customer saya dan juga saya akan berkongsi tip-tip menarik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Hubungi saya untuk harga istimewa..
Siti 0164156430
SID : 1119428
Monday, 15 September 2014
Set Kecantikan Kulit
Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlu memastikan dalaman kita sentiasa sihat dengan cara makan makanan yang penuh dengan nutrisi, kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Disamping tu kita juga memerlukan sumber makanan tambahan untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi yang lengkap supaya kita sentiasa sentiasa.
Shaklee mempunyai produk yang dijamin halal dan tidak mengandungi bahan kimia dan dadah. Produk Shaklee adalah dari 100% sumber semulajadi dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna.
Shaklee mempunyai beberapa jenis produk yang dikhaskan untuk kulit yang cantik berseri seperti Collagen, Vitamin E, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Energizing Soy Protein dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut anda boleh terus menghubungi saya di talian 016-4156430 insyaAllah saya akan meluangkan masa untuk membantu anda. Saya juga akan berkongsi tip-tip yang menarik yang mungkin anda tidak akan perolehi dari orang lain. Saya akan sentiasa bersama anda sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkaitan produk Shaklee.
Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui set-set menarik dari Shaklee dengan harga yang mampu anda miliki. Set Shaklee boleh dimiliki oleh anda dengan bajet yang anda mampu.
Salam Sayang dari saya
Siti Rofidah Saud
016-4156430
SID: 1119428
Saturday, 13 September 2014
Meal Shakes
Dan yang paling best bulan nie disamping kita membeli untuk menjaga kesihatan kita juga dapat menderma. 10% daripada jualan 1 set promosi Meal Shakes akan dikumpul untuk membeli Meal Shakes dan didermakan kepada kanak-kanak miskin di seluruh Malaysia.
Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang memang sangat susah nak makan makanan yg berkhasiat. Berapa ramai kanak-kanak yang suka makan sayur? Suka makan buah?
Kebanyakan kanak-kanak sekarang terdedah dengan makanan fast food seperti Pizza, KFC, McD dan byk lagi la. Disebabkan faktor tu juga kanak-kanak zaman sekarang mudah jatuh sakit demam boleh dikatakan setiap bulan ada yang lebih teruk mungkin selalu kena admitted.
1st customer Meal Shakes saya adalah sepupu saya sendiri. Saya syorkan pada dia bukan sebab nak untung tapi kesian tengok keadaan anak dia yang ada masalah kulit. Masalah kulit yang dia hadapi memang tersangat teruk sampai jadi kehitaman, berdarah dan berbau. Kesian tengok dia asyik tergaru-garu sampai luka. Disamping tu dia juga ada masalah tak cukup berat, umur sebaya dengan anak buah saya 5 tahun tapi dia macam budak berumur 2 tahun mungkin disebabkan dia susah nak makan hanya minum susu botol. Bila saya join Shaklee saya syorkan dia cuba Meal Shakes bagi anak dia minum baru 1 tin dia cuba Alhamdulillah bila tanya macam mana lepas consume Meal Shakes dia cakap nampak dah perubahan kulit pun makin elok cuma penyakit tu still akan datang sekali-sekala dan badan anak dia pun dah main berisi dah ada selera makan. Hari tu jumpa masa hari raya pun nampak dia happy dan cergas macam kanak-kanak lain. Meal Shakes nie hanyalah makan tambahan untuk membantu badan kita mendapat nutrisi yang lengkap dia bukan ubat jadi memang tak akan dapat pulihkan penyakit kulit dia.
Mesti ramai yang akan cakap 'ala dia memang la cakap macam tu sebab nak lakukan produk dia' yela sebab dulu pun saya akan cakap benda yang sama bila org promote produk masing-masing. Terpulang pada diri masing-masing, saya tidak memaksa anda untuk percaya dan membeli saya hanya berkongsi pengalaman saya sendiri dan berkongsi benda yang baik. Mungkin saya tidak akan dapat apa-apa keuntungan dari segi duit bila share dan org tak beli tapi sekurang-kurangnya saya dapat keuntungan dari segi pahala walaupun sedikit sebab berkongsi benda yang baik. Anda nak mencuba atau tidak terpulang pada diri masing-masing. Tapi sebelum anda membuat andaian anda cuba dahulu dan anda akan tau keberkesanan produk tersebut.
Nutrisi yang lengkap sangat penting diawal perkembangan kanak-kanak untuk pertumbuhan optimum dari segi fizikal, mental, intelek, sosial dan aspek emosi dan juga bagi mencegah penyakit kronik.
10 sebab kenapa Meal Shakes perlu untuk anak-anak anda:
1. Rendah index Glycemix untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
2. Lengkap dengan 9 acid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
3. Anti oksidan - mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.
4. Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.
5. Mengandungi vitamin B bagi meningkatkan fokus dan perhatian.
6. Mengandungi sodium dan magnesium bagi mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan supaya anak-anak tidak keletihan.
7. Mengandungi vitamin C bagi membantu menjaga kesihatan gusi, gigi dan kulit dan menentang infeksi kuman.
8. Mengandungi vitamin A bagi kesihatan mata.
9. Mengandungi kalsium dan vitamin D untuk kesihatan dan perkembangan tulang.
10. Mengandungi zat besi dan B12 untuk membina sel-sel darah merah.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Siti Rofidah
016-4156430
SID : 1119428
AKTIVITI SEBELUM TIDO
Cik Siti
Gathering with Master Azlin
Hari nie ada gathering dgn nanny Azlin byk info dan motivasi dari dia..untuk jadi dealer yg bagus kita kena ada ilmu baru kita tau baik buruk sesuatu produk..sy sgt beruntung dapat jadi ahli keluarga shaklee sebab dah terbuk Shaklee bukan saja fokus pada bisnes tapi juga dari segi kekeluargaan dan yg penting x lari dari landasan agama..jujur sy katakan sejak saya join Shaklee ilmu agama sy lebih bertambah apa yg kita buat semua berbalik pada Allah apa yg kita buat kena rujuk pada Allah..yg pntg usaha dan tawakal..dlm Shaklee upline x akan biarkan download dia tanpa arah tujuan dorg akan berusaha utk membantu org bawahan utk berjaya seperti mereka..kenali Shaklee dan korg akan jatuh cinta dgn Shaklee..Sy bukan ckp kosong sy sendiri dah alami sendiri..kesihatan sy bertambah baik dan yg paling sy bersyukur dpt jana pendapatan tambahan utk membantu sy dan keluarga..terima kasih ya Allah diatas rezeki yg Kau berikan...syukur Alhamdulillah
Thursday, 28 August 2014
Day 1 - 29 Aug 2014
Berat : 95kg
Menu:
Breakfast - 350ml Vico + 1 sudu ESP Shaklee
- 2 ekor udang masak rendang (ada plak makan2 lepas baca yasin tadi tapi boleh makan
udang jela lain larangan)
Lunch - Ikan kembung masak tempoyak + kerabu mangga + sayur lemak
pucuk labu + limau ais tanpa gula
Panaskan enjin
Dah lama juga saya dengar pasal diet nie tapi macam malas je nak diet-diet nie. Tapi bila balik kg sepupu cakap dia dah kurang 5kg dalam 1 minggu memang nampak la perbezaan dia dah kurus sikit. So saya pun bertekad nak cuba tapi bila tengok balik fasa-fasa dia apa yang boleh dan tak boleh makan macam tak boleh nak ikut bukan apa takut pitam plak nanti. So saya pun decide nak diet guna cara Atkins tapi versi saya sendiri not 100% follow instruction dia. Sebenarnya buat macam mana pun boleh tapi ikut cara masing-masing yang sesuai dengan badan kita dan kemampuan kita janji apa kita ikut cara yang betul, makanan yang diambil kena ada nutrisi lengkap.
Kalau ikut diet Atkins dalam 2 3 bulan dah boleh turun 20kg tapi kalau ikut cara saya tak tau la macam manakan saya pun baru start hari nie. So kita tunggu dan lihatlah hasilnya nanti.
Saya target untuk dapat berat 55kg masa 1hb Januari 2015 nanti.
Lupa plak nak cakap diet Atkins versi Siti nie bermaksud Diet Atkins + Shaklee, saya tak follow 100% cara atkins sebab takut badan tak boleh terima. Untuk pastikan badan saya dapat nutrisi lengkap saya teruskan pengambilan supplement Shaklee. Kalau ikut sepupu saya cakap kalau fasa pertama diet atkins tak boleh minum susu soya saya pun tak tau kenapa sedangkan soya tu protein. Tapi bab nie saya tak follow saya pastikan untuk breakfast saya akan minum 350ml air vico + 1 sudu ESP Shaklee. Kalau ikut diet atkins tak boleh minum gula langsung tapi nie pun saya tak follow. Tapi saya hanya minum waktu pagi je sebab nak make sure badan tak kurang gula takut pitam plak nanti. Tapi pape pun kita tengok macam mana hasilnya nanti macam mana yer..
Wish me luck!!!!!!
Love,
Siti

Wednesday, 13 August 2014
GLA Complex
Setiap kapsul menggandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya gabungan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberksanan dan kestabilan. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibiti dibuktikan secara klinikal dimana mampu menyerap dan mengadun kedalam sel dan tisu.
Kelebihan GLA Complex:
- Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
- Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, mempercayai simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
- Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
- Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
- Menentang kanser - GLA adalah anto-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
- Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamansi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
- Menghalang komplikasi diabetis - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
- Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk memcapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil ketika perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
- Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.
- Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
- Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hierpaktif.
Tuesday, 12 August 2014
Petua Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
- Potong sebiji kentang dan hiris halus beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan kepingan nipis di sekitar mata di kedua-dua belah mata dan biarkan selama 10-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.
PETUA 2
- Perah lemon dalam cawan kemudian sapukan perahan tersebut di sekitar bawah mata elakkan terkena mata. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari.
PETUA 3
- Ambil sedikit serbuk teh rendam menggunakan air suam untuk beberapa minit. Kemudian tapis dan perah kemudian amik serbuk teh yang telah ditapis tadi dan letakkan di sekeliling bawah mata dan biarkan selama 10-20 minit kemudian bilas dengan air. Lakukan setiap kali sebelum tidur. Juga boleh menggunakan teh uncang.
Selamat mencuba
Sunday, 6 July 2014
Fakta berkaitan Vitamin C Shaklee
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan biyamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalama masa 5 jam.
Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan pembuluh darah.
Kulit Berjerawat
Antara punca jerawat adalah:
1. Perubahan hormon.
2. Bakteria
3. Pemakanan
4. Stress
5. Alat solek
6. Matahari
7. Kulit muka berminya
Dan banyak lagi punca-punca yang menyebabkan jerawat. So saya nak share beberapa petua untuk menhilangkan jerawat nie.
Petua 1
Campurkan sedikit madu lebah dan perahan air limau purut (kalau tak ada limau purut boleh digantikan dengan asam gelugur).
Sapukan keseluruh muka dan biar sehingga kering dan cuci dengan menggunakan air sehingga bersih. Lap muka dengan menggunakan tuala bersih.
Petua 2
Daun sirih dan daun jambu batu hendaklah diramas terlebih dahulu di dalam semangkuk air sahaja.Sapukan air itu kepada kulit muka dan biarkan selama 5 minit.Kemudian bilas muka dengan air bersih.Lapkan muka dengan tuala muka atau kertas tisu.Lakukan selalu pada kulit muka yang berminyak.
Petua 3
Rendamkan sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau bekas yang bersesuaian. Biar sehingga air sejuk dan daun menjadi layu. Selawat Nabi tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut dan biarkan ia kering.
Petua 4
Campurkan putih telur (seeloknya telur ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul sehingga rata kemudian sapu keseluruh muka. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Amalkan petua ini 2x seminggu.
Saturday, 5 July 2014
Penjagaan Kulit
Friday, 4 July 2014
Fakta Mengenai Jerawat
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.
Metodologi Kemunculan Jerawat
- Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
- Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
- Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
- Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
- Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
- Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
- Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
- Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
- Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.